Sambil menjerit dan melompat serentak. Adrenaline rush. Intense!! Rasa nak pitam. Rasa nak nangis. Rasa nak melalak semua ada. Celaru fikiran hanya disebabkan seekor makhluk kecil ini. Ada spesis yang boleh terbang. Ada juga yang hanya merangkak ( berjalan? berlari? menyusup? ) di atas lantai. Yang jenis macam ni secure sikit sebab hanya atas lantai. Kalau yang jenis terbang tu, siling, dinding, kipas, lampu semua dia boleh pergi. Maka ketakutan menjadi extra berganda.
Maka dua perkara boleh terjadi. Pertama, mangsa yakni sang manusia berlari sepantas yang boleh untuk menjauhi pemangsa yakni makhluk hitam ni. Sama ada berlari sambil membuka mulut dan bersuara aaaaa *high pitch ya take note* ataupun berlari berdiam diri sambil muka pucat lesi. Kedua, defense effect from body bersama otak bergabung melancarkan serangan balas ke atas serangga tersebut dengan spray lipas, pukul dengan penyapu atau lebih tragis, menghentak beliau dengan kaki. Puas begitu agaknya. Lalu lipas pun terpinga-pinga. Dia cuma nak tumpang lalu je. Tidak begitu panjang umurnya.
" Ahhhhhh ulat !!! "
Pulak dah.. Sambil menjerit lagi. Antara ketakutan di dapur apabila membuka durian mahupun petai. Takut ada surprise di dalamnya. Maka apa boleh buat, tercampaklah sayuran dan buahan tersebut. Terkejut dek surprise yang menakutkan itu. Apa boleh buat, dah jodoh untuk bertemu mereka. Mereka yakni ulat tu pun terkejut juga ternampak manusia intai tempat mereka tinggal sebelumnya.
Manusia boleh complain eeii jijiknya ulat. Aku yang kealpaan berkata kepada ibu, "Mengapa wujud makhluk begini kat dunia ni. Geli lah..". Ibu pun menjawab "Kalau tiada makhluk ni, macam mana haiwan mati nak decompose? dah Allah ciptakan dia untuk buat kerja begitu."
Sentap hang! Baiklah mak. *hatiku bagai ditusuk sembilu* Makhluk-makhluk begini iaitu lipas dan ulat juga tidak minta dilahirkan begitu.
Aku yang manusia ni, lupa apa tujuan aku diciptakan... Dia ada tugas dia. Aku pun termaktub juga. Cuma aku lupa. Tolong ingatkan aku. Seburuk mana sesuatu ciptaan tu, atas dunia ni dia masih berfungsi. Ada kebaikan yang dia lakukan agar kitaran dunia berlangsung dengan baik. Buat baik selalu deh :) Kalau buat jahat, dunia ni tak aman. Tunggang terbalik kesudahannya. Konklusinya, lipas dan ulat tidak bersalah..
06.10.2015 | Ipoh
No comments:
Post a Comment