Housemates : Mekyah, Cikyun, Akmal, Ummi + (Cik T)
Waktu pagi seperti biasa, aku bangun untuk ke kuliah. Bukan kuliah Subuh la tapi, lecture je pun. Kelas lecture. Kehidupan seorang pelajar. Wajiblah attend kelas kan... Betul tak rakan-rakan?
Sebelum pergi kelas, maka diisilah perut ini dengan apa seadanya. Diselongkarlah peti sejuk. Susu+cereal+pisang+toasted bread+cheese. Breakfast! Supaya lebih bermaya untuk hidup. Nak pergi beribadah ni, menuntut ilmu, Kena ada energy. Kalau lemau acano tu? Masuk kelas tidur pulak. Adohaii. Satu lagi nak cover supaya perut tak 'kriuk-kriuk'. Segan hoii.. Walaupun benda ni banyak terjadi pada aku, muka kena cool. Shameless.
Namun lumrah sebagai seorang aku, yang suka last minit. Suka benar nak merasa adrenaline rush pagi-pagi. Sometimes, breakfast main sumbat je apa yang sempat, lalu pinggan mangkuk itu aku biarkan di dalam sinki dapur terlebih dahulu dengan niat habis kelas nanti nak basuh. Maklumlah mengejar masa nak pegi kelas kan. Tu lah kau, siapa suruh lambat. Nasib baik uni tak jauh.. ~10mins walking distance. Kalau dah 5 mins je tinggal before kelas mula, namun masih terhegeh-hegeh kat rumah, tu saja cari pasal. Tapi mindset aku da ready menjadi pelari pecut sejurus keluar rumah. Tolong jangan contohi aku.
Sesudah kelas selesai, hati berkobar-kobar pulang ke rumah. Tempat pertama dituju adalah dapur. Nak sambung kerja tergendala. Maka ke sinki aku tuju. Namun terhenti di peti sejuk dahulu. Lapar.. Menjeling sekilas apa makanan yang ada di dalamnya. Intai sebentar. Ambil mood. Kemudian ke sinki lah kita. Namun sinki pula bersih dan kosong.. Mana pergi pinggan mangkuk cawan aku yang belum dibasuh itu. Hilang. Siapa curi! Kalau ye pun nak curi, curilah hatiku. #lame
Rupanya, mereka bertiga telah pun dibasuh dan cantik terterap di sebelah sinki. Apalagi aku dalam hati terharu. Siapalah housemate aku yang telah menambat hatiku. Misteri. Syukur. Sebab pertolongan itu datang dari Allah melalui sahabat-sahabat aku. Allah mudahkan aku dengan menghantar seorang insan mulia untuk membasuh pinggan mangkuk itu. Bendanya simple je. Pinggan dalam sinki. Sama ada kau sedar mahupun tidak. Allah yang mudahkan. See.. aku dah tak payah nak menyental all the dishes. Maka terselamatlah tangan aku daripada sabun pinggan.
Hari-hari seterusnya, dengan cebisan tenaga yang ada, jika punyai masa dan kudrat, kalau nampak ada pinggan mangkuk tak berbasuh dalam sinki, aku cuba basuh. Itu suatu peluang pahala yang Allah nak bagi. Peluang untuk menjadi wakil pertolongan Allah buat sahabat yang lain. Berbaik sangka, kawan-kawan lain juga tidak sempat nak basuh. Bukan sengaja nak tinggal macam tu. Macam aku. Hiks. Senyum. Terima kasih kerana memahami.
Buat baik dibalas baik. Ingat tu. ;)
29.11.2015
Singapore