Wednesday, 31 December 2014

Life Is About Making Decisions

Right or wrong, we must learn from it.

2014. Sudah hampir ke penghujungnya. Malaysia sudah melangkah tahun 2015, namun UK lagi sejam untuk memasuki 2015. Ada apa pada nombor tahun? Penting ke? YA. Penting! Kerana semakin menginjak mendekati pengakhiran dunia dan penghidupan saya dan kita semua. Ada ternampak status FB rakan-rakan, yang menulis lebih kurang maksudnya begini, "2015, please be nice to me.." Hmmm.  Mungkin saya yang salah faham kot. From my point of view, bukan minta kat tahun, tapi minta pada Allah yang Maha Esa. Tak kiralah tahun apa pun, 2020 pun boleh tak semestinya 2015.. dan soal nice ke tak tahun tu, depends dengan izin-Nya. And soal nice ke tak tu juga depends on how we look at the thing. Masuk soal keadaan hati dan cara pandang masing-masing. Hati yang baik dan bersih akan melihat semua perkara yang berlaku, adalah untuk mendekatkan kita kepadaNya. ;)

 23 Disember 2014, menanda kalendar, pernikahan the only abang sulong I have. And I wasn't there to witness the ceremony in Kelantan. Sebab kakak ipar saya ore klate. Adik apakah saya ini? Huish.. Tak sayang famili ke? Siapa yang lebih utama dan penting dalam hidup saya ni? Persoalan.. HEH.. Because I choose to be in RISE program in Wales, UK di mana hari lastnya adalah sama tarikh dengan hari pernikahan abang. Teringat abang cakap, Hanun balik ke, tak balik ke, abang tetap kawin. Keberadaan saya bukanlah syarat untuk abang bernikah. Tapi, saya tetap pulang untuk menghadiri kenduri belah lelaki, where my family is the event host. Winter break yang hanya 3 minggu termasuk exam week, aku menyempat jugak balik. Only for 5 days, di mana perjalanan sehalanya sudah memakan masa hampir 20 jam. This is what we call as sacrifice of time, energy and money demi insan yang tersayang dan saya perbetulkan niat kenapa nak balik. Kembalikan niat kerana Allah, nak ringankan beban ibu/ayah yang penat lelah , tak cukup tenaga kerja kalau aku tak balik nak uruskan walimah. Moga Allah redha, walaupun aku rasa tak banyak pun tolong. Jetlag punya pasal, blank jadinya, sbb asyik nak tidur je. Dan satu lagi reason kenapa saya balik, adalah kerana untuk dapat restu mak. Boleh je aku pilih untuk tak balik, dengan alasan nak baca buku, sbb nak exam. Tahu-tahu je lah, kalau balik rumah, susah nak study wehh. At the end, aku balik.. Mudah-mudahan mak redha dgn pertolongan aku yang tak seberapa ni, and mudah-mudahan mak doakan saya berjaya dunia akhirat, inshaAllah mudah makbul doa seorang ibu ni. Saya percaya, berjayanya saya pada hari ini, mungkin terletak pada doa seorang ibu, dan dgn izinNya. Bukan sebab saya ni bagus ke apa. Ya Allah, banyak dosa aku ni... 

Dan kenapa saya memilih untuk pulang lewat, dan pergi ke RISE? kerana RISE membawakan tema "Akhir Zaman". Penceramahnya, Ustaz Syaari Abd Rahman. di mana telah menarik hati saya untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana akhir zaman ni. Ya aku tahu kita sekarang di akhir zaman. Tapi tak sedar diri untuk menghadapinya. Masih LALAI. Rugilah jadi orang mcm ni. Konklusi selama saya berada di RISE adalah janganlah terkejar untuk menjadi akulah orang yang paling tahu dgn tepat how and when kiamat will happen, but doing the preparation towards it, membuat bekalan menuju Tuhan itu paling utama. Orang-orang yang beriman, InshaaAllah, Allah akan lindung setiap masa. Bina bekalan bukan semata untuk menghadapi hari kiamat dan terlindung dari ikut langkah Dajjal. Ye lah, sebab kita tak tahu bila kiamat akan terjadi. Rahsia Allah. Matinya kita sewaktu kiamat nanti, ataupun sebelumnya. Yang kita kena sedar, semuanya di dunia akan mati, except Allah Yang Maha Agung. Dan bangun semula sewaktu Penghisaban amal. Time tu hidup kekal abadi sama ada di dalam api atau di tempat yang indah, yakni syurga..  Sebab tu lah pentingnya buat bekalan. 


Pesanan, terutamanya buat diri ini. Sang faqir.
Detik-detik akhir 2014 menuju 2015.
Bradford, Bumi Tuhan,

Wednesday, 10 December 2014

Apa Kamu Faham?

Apa kamu benar-benar mengerti,
Apa yang kamu faham?
Dan juga yang kamu tidak faham.
Apa kamu benar-benar faham,
Kefahaman yang sebenar?

Luarannya kata faham,
Ya aku faham.
Tetapi faham yang lain dari sepatutnya,
Rupa-rupanya,
Kamu salah faham.
Kamu faham dengan kefahaman yang salah.
Yang membawa kamu,
Kepada kefahaman songsang,
Dan lari daripada maksud asli.

Mohon ajarkan aku ~
Faham dengan kefahaman yang sebenar,
Kerana dulu, interpretasi ku salah.
Lalu ku takut,
Kembali ke lembah itu.

Wednesday, 26 November 2014

Bukan Tak Tahu

Tahu . 
Kena buat baik.
Jadi baik.
Tanpa diskriminasi.
Kepada semua 
Makhluk Tuhan.
 
Tapi 
Dalam hati yang membuak-buak 
Kejarkan kebaikan, 
Mengarus kejahilan,
Telinga masih mahu disuap 
Suara yang mengingatkan.

Bukan tak tahu.
Tapi,
Sengaja mahu dengar,
Apakah suara hati ini
Kedengaran ..

Thursday, 20 November 2014

Berpayungan di Negeri Hujan Batu

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri..

Peribahasa Melayu yang kurang difahami pada mulanya. (maafkan saya cikgu, baru sekarang nak faham) Macam mana boleh kata yang batu tu lebih baik daripada emas. Secara lumrahnya, kalaulah diberi peluang untuk memilih sama ada nak ambil batu atau emas, rasanya ramai yang pilih emas.. Betul tak? 999 rather than 916. 24 karat. Emas pun berkarat, bukan besi je tau.. Emas Tomei, Habib mahupun Poh Kong. Nilai emas kan stabil di pasaran.  Weyhh, kalau gadai, masyukk ..  Manyak untung maa. Boleh kayaaa..  *Bisik hati manusia yang bermata duitan* Hmmm, future investment katanya.

Ditakdirkan satu hari semasa program, saya terdengar pembongkaran isi tersembunyi yang terdapat dalam peribahasa ni. Maklumlah, rasa lebih tersentap sebab sekarang berada di negeri orang, jauh nak balik negeri sendiri.. At the end, apa sahaja di dunia ni milik Allah. Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali (selingan).. Nak cakapnya yang 'hujan emas' ini adalah REZEKI. Anugerah yang Allah beri di negeri orang. Ilmu, wang, makanan, coklat etc.. haaa kutip kutip jangan tak kutip. Kaut sementara masih ada masa. Kalau tak muat masuk poket, masuk beg. Penuhkan luggage. Kalau naik Etihad atau Emirates, max 30kg. KLM cuma 23kg sahaja. Ok ok. Back to the main point. Rezeki yang diperolehi dari negeri orang ni bukan untuk simpanan seorang diri. Ada hak orang lain dalam harta kita ni. Tak mau tamak haloba okay.. Sharing is caring.. Membalas jasa, menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara di kemudian hari..Yang ditinggalkan buat sementara waktu untuk menuntut ilmu dan memahami kehidupan.

Buat keluarga dan sahabat handai di negeri sendiri, jangan anggap negeri orang sahaja ada emas.. Negeri sendiri pun ada emas jugak, mungkin dalam tanah, kena gali dulu baru jumpa. Mungkin di laut, perlu naik sampan atau berlayar naik bot baru jumpa.. Bukannya kena tunggu hujan semata-mata. Haaa.. kalau memang sekarang tengah pakai gelang atau rantai emas tu jaga elok-elok. Mungkin ada mata jahat yang sedang memerhati. Oppps tak baik berburuk sangka kepada orang lain. Peringatan, langkah berjaga-jaga. Berhati-hati ya!

Dalam al-Quran Allah banyak cerita pasal emas. Antaranya dalam Surah Al-Imran 'Dihiaskan (dan dijadikan indah ) kepada manusia ; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda banyak yang bertimbun-timbun, dari EMAS dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). [3:14]

~nunna

Monday, 17 November 2014

Thanks Love !!!

Randomness ..

A bit awkward when someone whom you don't even know who they are say

 "Thanks love".


Rasa macam "Eh orang ni, dah lah aku tak kenal, lepas tu ucap perkataan sayang pulak. Kalau direct translate from English to bahasa Melayu, jadi terima kasih cinta atau terima kasih sayang! Pelik betul." Tapi sempat lagi  *Blushing* beberapa minit. Orang suka perasan memang macam tu.  Pengalaman sewaktu awal-awal di UK hingga sekarang , apabila selesai membayar barang yang dibeli di supermarket atau restaurant, kebanyakan penjaga kaunter dengan murah hati lembut lidah menyebut "thanks love". Tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Mungkin kalau di Malaysia, sedikit pelik kalau orang kedai ucap macam tu. Lain tempat, lain budayanya. Di sini orangnya begitu, mesra dengan cara mereka. Orang timur ada juga adat tradisi tersendiri. Accept and cherish their cultures. Asalkan tak bercanggah dengan Islam, bolehlah kita terima dengan hati terbuka.


In the mission of spreading the love, make a better world XX

Friday, 24 October 2014

Eksperimen hidup

Selagi tak buat salah, hati tak terjentik untuk kesedaran. Paling sedih, bila gunakan alasan ini untuk sengaja buat salah. Sengaja mahu lihat apa akan terjadi.. Sengaja mahu menjadi mangsa untuk dipersalahkan. Untuk mencapai whether hypothesis accepted or rejected.. Mahu perhati, adakah kehidupan ini sama seperti apa yang buku uar-uarkan. Sedangkan mana-mana surgery pun belum penuh yakin 100%  successful.  (Tiba tiba)


Once, I treat people like a robot, but I didn't realize it until one fine day. Ohh rhellehhh (perkataan really sebutan accent british) sungguh tak perasan. mana pergi kemanusiaan mu (bisik kepada diri sendiri) kununnya me kinda technical type.. Separa OCD dalam differential diagnosis.. Sign and symptom sudah mula nampak taring. Scarryy. Kind of sakit mental. Talian bantuan -> tadah tangan, berdoa, sujud then Zzzz. Rest in peace.


Masih terkial-kial.

Competency vs Rezeki

Basically, tahun ni rutinnya masuk klinik jumpa patient. Ada Primary care clinic, Binocular Vision clinic, Paediatric, Dispensing, Contact Lens dan Referral Refinement. Nasiblah apa jua jenis patient bakal ditemui. Without them, how I am going to practice what I've learnt in class, kannn. Then, kena isi logbook dan dapatkan sign untuk competency from supervisor (yang semua pelajar rebutkan itu termasuklah yang menulis ni). The issue is, am I competent enough??? idk idk idk  *sigh* selalu vice versa berlawan dalam fikiran. Semak dah otak sebab adakalanya rasa tak layak pun untuk dapat competent, tapi was signed off juga. Maka adakah aku menjadi insan yang tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah telah beri? Istighfar banyak banyak. 


Crying deep inside.
The inferior me

Friday, 17 October 2014

Yang Ke12

Pertemuan dengan supervisor pagi tadi membuatkan aku terfikir.. Bila benar benar untuk merasa bersyukur .. 

Minggu lepas, di saat menerima berita bahawa tajuk dissertation pilihan yang ke12 perlu ditunaikan, merasa sedikit hampa.. bukan kerana susah tajuknya itu tapi kerana jauh benar dari pilihan pertama. Rasa macam kena reject banyak kali dan yang ke 12 akhirnya mendapat tempat. Mungkin tajuk tajuk yang awal tu mendapat sambutan hangat para pelajar lain.. Berebut gamaknya. Yang akan lebih menghargai tajuk tu. Aku yang  kehidupannya suka terjah menerjah, maka just do it. Tak kisah la apa apa pun. Yang penting buat kerja. Alah, lagi pun waktu pilih tajuk awal awal dulu bukan ada any preference pun. Patutnya tak kisah la dapat apa any tajuk. Ye dok.. Yang terasa kena 'ketuk' nya tu sebab seorang lagi kawan ni dapat tajuk pilihan yang ke 20 yakni pilihan terakhir dia. Yang paling dia tak nak. Tadi time meeting, baru tahu rupanya antara pilihan yang dia nak adalah tajuk aku. Serba salah duduk sebelah dia. Apa yang dia nak , dia tak dapat tapi aku yang dapat, padahal aku tak la berapa nak beriya iya sangat pun tajuk tu.. Apa yang aku perasan dan terasa ada sedikit kesedaran, di saat hati dah nak terlelap dan sepi ni, sebenarnya apa yang Allah sudah tetapkan, adalah yang terbaik. ( selalu kena ingatkan diri sendiri sebab asyik terlupa ) walaupun sekecil kecil peristiwa tajuk yang kedua belas. 

Dan time SV cakap yang study dia actually berkisarkan psychology, dalam hati terdetik " eh ini lah field yang antara aku baru nak develop minat" .. Tanpa aku sedar, Allah dah cuba permudahkan jalan untuk aku belajar mata plus psychology at the same time. Ye la, kena baca banyak paper la katakan. Tak pernah aku buat kerja kerja research macam ni selama aku hidup. Back to main topic. Sebenarnya nak habaq mai yang tak semestinya apa yang kita nak mula mula , kita akan dapat.. Kena percaya yang apa Allah bagi tu yang terbaik maka bersyukur lah. Memang ilmu yang kita tahu itu terbatas, yang ghaib tak nampak, sebab Allah yang Maha Tahu.. And sebenarnya kat luar sana, ramai lagi orang yang mahukan dan berharap untuk memiliki perkara yang kita ada, namun perkara tersebut kita abaikan dan ambil mudah.. *slap my face laju laju sampai tersedar dari lamunan angan angan yang suka bercita cita  dan tunaikan dalam mimpi...

Esok Sabtu,
Bradford | 11.25pm

Monday, 13 October 2014

Hilang

Pernah suatu masa dahulu
Punyai benda kesayangan
Tak ingin berjauhan
Tanpanya hidup jadi tak keruan

Tatkala ia hilang dari pandangan
Hilang arah, hati kosong
Deruan air mata mengalir
Sukar untuk disekat
Buatkan tisu kertas rabak terkoyak
Lantai bersiraman bungaan putih

Sampai bila mahu begitu.?

Bila tersedar yang harta dunia tak kekal bersama
Semua milik yang Satu
Tiada apa kau punya
Bisa ditarik tak kira waktu

Akhirnya kau berasa 
Ambillah sila ambil
Kerana semua milikMu

11.45pm | Bradford

Monday, 29 September 2014

Hanyut

Bila kau sedar kau tiada lagi pilihan,
maka kau jadi terdesak. Tersedak.

Mahu tidak mahu kena lalui juga.
Nak patah balik, tiada harapan..
Jalan tutup, jalan mati.
kerana masa sudah berlalu pergi.
Kau tak boleh nak ubah sejarah hitam
menjadi putih berseri ala ala
kain putih hasil rendaman clorox

Pernah dulu kau terhanyut dalam dunia,
'addict'kan dunia macam sedut nicotine,
Sehari tidak hanyut tak sah.
Maka dunia kah yang salah?
Lalu kau mahu lari dari dunia
Terbang ke langit.
Meninjau dari angkasa
Kerana rasa tak mampu lagi jejak atas lautan dunia
Yang bisa buat kau hanyut kembali.

Keras


10.10pm | Bradford

Thursday, 25 September 2014

Noobies



Bismillah.
Assalamualaikum wbt
Muqaddimah sikit ;)


Setiap permulaan ada pengakhirannya

Jika kaki tidak mula melangkah,
kapan ketahuan sejauh mana mampu ke depan,
sedangkan permulaannya juga sudah gentar dan takut,
potensi yang ada sudah tersangkut..

Rugi..
Belum cuba mana nak tahu.

Saya budak baru belajar.
kamu sudah berlari
aku baru merangkak
pertama kali merasa bermacam benda
tergores pasir tercucuk batu
kerana kaki lutut dan tangan serentak merasa
sedangkan berlari hanya kaki yang menghentak
sedap dalam empukan stokin dan kasut.


~before Dipensing Clinic
12.25pm | Bradford