Friday, 24 October 2014

Eksperimen hidup

Selagi tak buat salah, hati tak terjentik untuk kesedaran. Paling sedih, bila gunakan alasan ini untuk sengaja buat salah. Sengaja mahu lihat apa akan terjadi.. Sengaja mahu menjadi mangsa untuk dipersalahkan. Untuk mencapai whether hypothesis accepted or rejected.. Mahu perhati, adakah kehidupan ini sama seperti apa yang buku uar-uarkan. Sedangkan mana-mana surgery pun belum penuh yakin 100%  successful.  (Tiba tiba)


Once, I treat people like a robot, but I didn't realize it until one fine day. Ohh rhellehhh (perkataan really sebutan accent british) sungguh tak perasan. mana pergi kemanusiaan mu (bisik kepada diri sendiri) kununnya me kinda technical type.. Separa OCD dalam differential diagnosis.. Sign and symptom sudah mula nampak taring. Scarryy. Kind of sakit mental. Talian bantuan -> tadah tangan, berdoa, sujud then Zzzz. Rest in peace.


Masih terkial-kial.

Competency vs Rezeki

Basically, tahun ni rutinnya masuk klinik jumpa patient. Ada Primary care clinic, Binocular Vision clinic, Paediatric, Dispensing, Contact Lens dan Referral Refinement. Nasiblah apa jua jenis patient bakal ditemui. Without them, how I am going to practice what I've learnt in class, kannn. Then, kena isi logbook dan dapatkan sign untuk competency from supervisor (yang semua pelajar rebutkan itu termasuklah yang menulis ni). The issue is, am I competent enough??? idk idk idk  *sigh* selalu vice versa berlawan dalam fikiran. Semak dah otak sebab adakalanya rasa tak layak pun untuk dapat competent, tapi was signed off juga. Maka adakah aku menjadi insan yang tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah telah beri? Istighfar banyak banyak. 


Crying deep inside.
The inferior me

Friday, 17 October 2014

Yang Ke12

Pertemuan dengan supervisor pagi tadi membuatkan aku terfikir.. Bila benar benar untuk merasa bersyukur .. 

Minggu lepas, di saat menerima berita bahawa tajuk dissertation pilihan yang ke12 perlu ditunaikan, merasa sedikit hampa.. bukan kerana susah tajuknya itu tapi kerana jauh benar dari pilihan pertama. Rasa macam kena reject banyak kali dan yang ke 12 akhirnya mendapat tempat. Mungkin tajuk tajuk yang awal tu mendapat sambutan hangat para pelajar lain.. Berebut gamaknya. Yang akan lebih menghargai tajuk tu. Aku yang  kehidupannya suka terjah menerjah, maka just do it. Tak kisah la apa apa pun. Yang penting buat kerja. Alah, lagi pun waktu pilih tajuk awal awal dulu bukan ada any preference pun. Patutnya tak kisah la dapat apa any tajuk. Ye dok.. Yang terasa kena 'ketuk' nya tu sebab seorang lagi kawan ni dapat tajuk pilihan yang ke 20 yakni pilihan terakhir dia. Yang paling dia tak nak. Tadi time meeting, baru tahu rupanya antara pilihan yang dia nak adalah tajuk aku. Serba salah duduk sebelah dia. Apa yang dia nak , dia tak dapat tapi aku yang dapat, padahal aku tak la berapa nak beriya iya sangat pun tajuk tu.. Apa yang aku perasan dan terasa ada sedikit kesedaran, di saat hati dah nak terlelap dan sepi ni, sebenarnya apa yang Allah sudah tetapkan, adalah yang terbaik. ( selalu kena ingatkan diri sendiri sebab asyik terlupa ) walaupun sekecil kecil peristiwa tajuk yang kedua belas. 

Dan time SV cakap yang study dia actually berkisarkan psychology, dalam hati terdetik " eh ini lah field yang antara aku baru nak develop minat" .. Tanpa aku sedar, Allah dah cuba permudahkan jalan untuk aku belajar mata plus psychology at the same time. Ye la, kena baca banyak paper la katakan. Tak pernah aku buat kerja kerja research macam ni selama aku hidup. Back to main topic. Sebenarnya nak habaq mai yang tak semestinya apa yang kita nak mula mula , kita akan dapat.. Kena percaya yang apa Allah bagi tu yang terbaik maka bersyukur lah. Memang ilmu yang kita tahu itu terbatas, yang ghaib tak nampak, sebab Allah yang Maha Tahu.. And sebenarnya kat luar sana, ramai lagi orang yang mahukan dan berharap untuk memiliki perkara yang kita ada, namun perkara tersebut kita abaikan dan ambil mudah.. *slap my face laju laju sampai tersedar dari lamunan angan angan yang suka bercita cita  dan tunaikan dalam mimpi...

Esok Sabtu,
Bradford | 11.25pm

Monday, 13 October 2014

Hilang

Pernah suatu masa dahulu
Punyai benda kesayangan
Tak ingin berjauhan
Tanpanya hidup jadi tak keruan

Tatkala ia hilang dari pandangan
Hilang arah, hati kosong
Deruan air mata mengalir
Sukar untuk disekat
Buatkan tisu kertas rabak terkoyak
Lantai bersiraman bungaan putih

Sampai bila mahu begitu.?

Bila tersedar yang harta dunia tak kekal bersama
Semua milik yang Satu
Tiada apa kau punya
Bisa ditarik tak kira waktu

Akhirnya kau berasa 
Ambillah sila ambil
Kerana semua milikMu

11.45pm | Bradford