Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri..
Peribahasa Melayu yang kurang difahami pada mulanya. (maafkan saya cikgu, baru sekarang nak faham) Macam mana boleh kata yang batu tu lebih baik daripada emas. Secara lumrahnya, kalaulah diberi peluang untuk memilih sama ada nak ambil batu atau emas, rasanya ramai yang pilih emas.. Betul tak? 999 rather than 916. 24 karat. Emas pun berkarat, bukan besi je tau.. Emas Tomei, Habib mahupun Poh Kong. Nilai emas kan stabil di pasaran. Weyhh, kalau gadai, masyukk .. Manyak untung maa. Boleh kayaaa.. *Bisik hati manusia yang bermata duitan* Hmmm, future investment katanya.
Ditakdirkan satu hari semasa program, saya terdengar pembongkaran isi tersembunyi yang terdapat dalam peribahasa ni. Maklumlah, rasa lebih tersentap sebab sekarang berada di negeri orang, jauh nak balik negeri sendiri.. At the end, apa sahaja di dunia ni milik Allah. Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali (selingan).. Nak cakapnya yang 'hujan emas' ini adalah REZEKI. Anugerah yang Allah beri di negeri orang. Ilmu, wang, makanan, coklat etc.. haaa kutip kutip jangan tak kutip. Kaut sementara masih ada masa. Kalau tak muat masuk poket, masuk beg. Penuhkan luggage. Kalau naik Etihad atau Emirates, max 30kg. KLM cuma 23kg sahaja. Ok ok. Back to the main point. Rezeki yang diperolehi dari negeri orang ni bukan untuk simpanan seorang diri. Ada hak orang lain dalam harta kita ni. Tak mau tamak haloba okay.. Sharing is caring.. Membalas jasa, menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara di kemudian hari..Yang ditinggalkan buat sementara waktu untuk menuntut ilmu dan memahami kehidupan.
Buat keluarga dan sahabat handai di negeri sendiri, jangan anggap negeri orang sahaja ada emas.. Negeri sendiri pun ada emas jugak, mungkin dalam tanah, kena gali dulu baru jumpa. Mungkin di laut, perlu naik sampan atau berlayar naik bot baru jumpa.. Bukannya kena tunggu hujan semata-mata. Haaa.. kalau memang sekarang tengah pakai gelang atau rantai emas tu jaga elok-elok. Mungkin ada mata jahat yang sedang memerhati. Oppps tak baik berburuk sangka kepada orang lain. Peringatan, langkah berjaga-jaga. Berhati-hati ya!
Dalam al-Quran Allah banyak cerita pasal emas. Antaranya dalam Surah Al-Imran 'Dihiaskan (dan dijadikan indah ) kepada manusia ; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda banyak yang bertimbun-timbun, dari EMAS dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). [3:14]
~nunna