Saturday, 28 November 2015

Pinggan Mangkuk

Lokasi : Sebuah rumah di lorong Spring Place, Bradford
Housemates : Mekyah, Cikyun, Akmal, Ummi + (Cik T)

Waktu pagi  seperti biasa, aku bangun untuk ke kuliah. Bukan kuliah Subuh la tapi, lecture je pun. Kelas lecture. Kehidupan seorang pelajar. Wajiblah attend kelas kan... Betul tak rakan-rakan?

Sebelum pergi kelas, maka diisilah perut ini dengan apa seadanya. Diselongkarlah peti sejuk. Susu+cereal+pisang+toasted bread+cheese. Breakfast! Supaya lebih bermaya untuk hidup. Nak pergi beribadah ni, menuntut ilmu, Kena ada energy. Kalau lemau acano tu? Masuk kelas tidur pulak. Adohaii. Satu lagi nak cover supaya perut tak 'kriuk-kriuk'. Segan hoii.. Walaupun benda ni banyak terjadi pada aku, muka kena cool. Shameless.

Namun lumrah sebagai seorang aku, yang suka last minit. Suka benar nak merasa adrenaline rush pagi-pagi.  Sometimes, breakfast main sumbat je apa yang sempat, lalu pinggan mangkuk itu aku biarkan di dalam sinki dapur terlebih dahulu dengan niat habis kelas nanti nak basuh. Maklumlah mengejar masa nak pegi kelas kan. Tu lah kau, siapa suruh lambat. Nasib baik uni tak jauh.. ~10mins walking distance. Kalau dah 5 mins je tinggal before kelas mula, namun masih terhegeh-hegeh kat rumah, tu saja cari pasal. Tapi mindset aku da ready menjadi pelari pecut sejurus keluar rumah. Tolong jangan contohi aku. 

Sesudah kelas selesai, hati berkobar-kobar pulang ke rumah. Tempat pertama dituju adalah dapur. Nak sambung kerja tergendala. Maka ke sinki aku tuju. Namun terhenti di peti sejuk dahulu. Lapar.. Menjeling sekilas apa makanan yang ada di dalamnya. Intai sebentar. Ambil mood. Kemudian ke sinki lah kita. Namun sinki pula bersih dan kosong.. Mana pergi pinggan mangkuk cawan aku yang belum dibasuh itu. Hilang. Siapa curi! Kalau ye pun nak curi, curilah hatiku. #lame 

Rupanya, mereka bertiga telah pun dibasuh dan cantik terterap di sebelah sinki. Apalagi aku dalam hati terharu. Siapalah housemate aku yang telah menambat hatiku. Misteri. Syukur. Sebab pertolongan itu datang dari Allah melalui sahabat-sahabat aku. Allah mudahkan aku dengan menghantar seorang insan mulia untuk membasuh pinggan mangkuk itu. Bendanya simple je. Pinggan dalam sinki. Sama ada kau sedar mahupun tidak. Allah yang mudahkan. See.. aku dah tak payah nak menyental all the dishes. Maka terselamatlah tangan aku daripada sabun pinggan.

Hari-hari seterusnya, dengan cebisan tenaga yang ada, jika punyai masa dan kudrat, kalau nampak ada pinggan mangkuk tak berbasuh dalam sinki, aku cuba basuh. Itu suatu peluang pahala yang Allah nak bagi. Peluang untuk menjadi wakil pertolongan Allah buat sahabat yang lain. Berbaik sangka, kawan-kawan lain juga tidak sempat nak basuh. Bukan sengaja nak tinggal macam tu. Macam aku. Hiks. Senyum. Terima kasih kerana memahami. 

Buat baik dibalas baik. Ingat tu.  ;)


29.11.2015
Singapore






Tuesday, 10 November 2015

Assalamualaikum

Sunyi.
Tiada jawapan berbalas.
Usai memberi salam sesudah solat.
Kiri dan kanan disapa.
Untuk siapa?
Untuk malaikat yang bekerja keras.

Mengenangkan amalan baik dan jahat.
Antara setiap waktu solat.
Yang ralit ditulis malaikat setiap saat.
Entah catatannya seberapa panjang.
Rahsia tertanggung di bahu kiri dan kanan. 
Setia di sisi tanpa kompromi.

Toleh kanan.
Assalamualaikum penutup bicara.
Setelah aduan dan permintaan kepada Tuhan.
Toleh kiri.
Assalamualaikum disapa lagi.
Pembuka birai.
Langkah dibuka kembali ke dunia.
Kembali lalai dan alpa.
Hingga terlupa apa tujuan diciptakan.

Solat-tinggalkan dunia sebentar.
Untuk berbicara dengan Tuhan. 
Kerana dunia ini tempat ujian.
Terus sabar dan bertahan.


Salam,
Tanda ingatan.


10.11.2015
Singapore



Aku Sebatang Pensel


"Baiklah murid-murid, hari ni cikgu nak kamu semua buat karangan bertajuk Aku Sebatang Pensel. Minggu depan hantar buku penulisan kepada cikgu ya. Nanti ketua kelas kutip buku, kemudian letak atas meja cikgu. Minggu depan cikgu ada kursus seminggu. Jumpa kamu semua dua minggu lagi ya. Faham semua?" kata Cikgu Lina kepada kelas darjah 5 Mawar.

"Faham cikguuu!!" jawab murid 5 Mawar penuh semangat dan senyum gembira. Seronok cikgu bagi kerja sekolah. Cikgu Lina pun beransur pergi meninggalkan kelas tersebut.

Aku rasa, situasi di atas pernah dihadapi oleh murid yang bersekolah di Malaysia. Kalau bukan cikgu yang memberi arahan suruh menulis, mungkin pernah terjumpa dalam buku contoh karangan UPSR. Ataupun tajuk Aku Sebatang Pensel pernah menjadi salah satu tajuk yang boleh dipilih dalam peperiksaan akhir tahun.

Sesudah besar panjang begini, tiba-tiba aku terfikir mengapa cikgu bagi tajuk karangan begini. Mungkin dulu aku tak terfikir, tapi sekarang baru dapat ilham. So aku tulis lah sekarang. Kalau rasa macam "lame", ada aku kisah.. Yang penting, aku nak tulis jugak. Sudden rant! Aku sebuah basikal, aku sepasang kasut, aku sebuah bola, aku sebatang raket badminton, aku seekor semut dan aku seorang aku (yang terakhir ni tak pernah lagi. Cadangan saya untuk cikgu zaman sekarang boleh tambah tajuk ni untuk murid. Pasti tak terseksa jiwa raga, baca sebaliknya.

Dulu-dulu aku terfikir, cikgu bagi tajuk sebegini kerana murid sekolah rendah ni suka berimaginasi dan kreatif. Maka guru pun mahu meraikan cara otak kanak-kanak berfikir. Mereka boleh menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk menulis jalan cerita yang disukai mereka. Happy ending or sad ending. Kalau yang terlebih emosional tu, ofkos lah sedih kan. Watak utama mati yakni diri sendiri mati. Kemudian cikgu pun persoalkan, kalau dah mati, macam mana awak boleh tulis tentang diri sendiri? Pening. Tambah-tambah lagi, tajuk begini singkat sahaja. Arahan soalan mudah difahami dan subjeknya juga senang. Aku .........

But somehow I discovered that actually tajuk karangan begini boleh buat kita belajar berfikir how it is to be in someone's shoes? Jalan hidup semua orang tak sama. Masing-masing ada rezeki dan kesenangan tersendiri. Namun, disebalik kesenangan, terselit kepayahan yang orang lain tak nampak. Hanya empunya diri yang tahu dan faham betapa susahnya nak menghadapi sesuatu masalah tu. Pandangan mata luar hanya menyaksikan apa yang terzahir. Muka gembira tak semestinya hati turut gembira. Pandangan luar mengaburi situasi sebenar. Tapi ada juga manusia yang memang mezahirkan apa yang hatinya hadapi. Muka gembira maksudnya hati gembira. Muka sedih maksudnya hati sedang berduka lara. Orang sebegini tak pandai berlakon!! Dia begitu jujur dengan ekspresinya. Human psychology is so complicated!

Berfikir secara in out. Cuba bayangkan kalau kita menghadapi situasi di mana orang tersebut hadapi? Imagine if you is him.  Mampukah kita? Contohnya kehilangan ibu atau bapa diusia muda? Dirompak penyamun? Dibuang universiti? Fail exam? Pemikiran yang memerlukan 'human sense' yang terkadang semua orang tidak ada. Sebab cara pemikiran kita berbeza mengikut cara hidup kita dibesarkan oleh keluarga dan masyarakat sekeliling. Dibesarkan dalam keluarga senang, maka jika satu hari nanti ada kesusahan sikit, mulalah merungut. Itulah.. Inilahh.. Aigooo

Sebab itulah pada aku, sebenarnya karangan 'Aku Sebatang Pensel' contohnya, boleh melatih pemikiran seseorang untuk berfikir 'what will happen if I am that person'? Will I survive successfully? Pensel kayu yang selalunya berakhir dengan pembuangannya ke dalam tong sampah. Sebab sudah habis dakwat karbonnya. Tiada berguna lagi. Maka buang sajalah.  Kalau jalan cerita pensel lain, mungkin sebatang pensel itu dihadiahkan oleh seseorang kepada sahabat karibnya. Jadi sahabat karibnya simpan dalam almari, disebabkan sayang sekali nak guna. Akhirnya dia berkulat di dalam almari sebab pemilik dia terlupa. Tiada kawan pensel-pensel lain di dalam almari tersebut, maka dia hidup keseorangan bertemankan lumut. Sejujurnya, banyak jalan cerita boleh direka. Begitu juga manusia, ada jalan cerita masing-masing.

Begitu juga berfikiran untuk tidak 'judge' orang lain dari segi luaran kerana kita tidak tahu apa yang dia hadapi sebelum dia jadi begitu. Mungkin disebabkan sejarah hitam yang menghantui. Atau mungkin kerana masyarakat sekeliling yang mengecam. Atau memang dia sendiri nak mengubah jalan hidupnya. Apa-apa pun, Allah Maha Tahu. Percaya pada Dia. Aku pun masih belajar untuk memahami orang lain. Apatah lagi diri sendiri, yang kadang-kadang aku pun tak faham. Blurr..


10.11.2015
Singapore











Tuesday, 6 October 2015

Mengapa Wujud Makhluk Begini?

"Ahhh lipas !!!"

 Sambil menjerit dan melompat serentak. Adrenaline rush. Intense!! Rasa nak pitam. Rasa nak nangis. Rasa nak melalak semua ada. Celaru fikiran hanya disebabkan seekor makhluk kecil ini. Ada spesis yang boleh terbang. Ada juga yang hanya merangkak ( berjalan? berlari? menyusup? ) di atas lantai. Yang jenis macam ni secure sikit sebab hanya atas lantai. Kalau yang jenis terbang tu, siling, dinding, kipas, lampu semua dia boleh pergi. Maka ketakutan menjadi extra berganda. 

Maka dua perkara boleh terjadi. Pertama, mangsa yakni sang manusia berlari sepantas yang boleh untuk menjauhi pemangsa yakni makhluk hitam ni. Sama ada berlari sambil membuka mulut dan bersuara aaaaa *high pitch ya take note* ataupun berlari berdiam diri sambil muka pucat lesi. Kedua, defense effect from body bersama otak bergabung melancarkan serangan balas ke atas serangga tersebut dengan spray lipas, pukul dengan penyapu atau lebih tragis, menghentak beliau dengan kaki. Puas begitu agaknya. Lalu lipas pun terpinga-pinga. Dia cuma nak tumpang lalu je. Tidak begitu panjang umurnya.


" Ahhhhhh ulat !!! "

Pulak dah.. Sambil menjerit lagi. Antara ketakutan di dapur apabila membuka durian mahupun petai. Takut ada surprise di dalamnya. Maka apa boleh buat, tercampaklah sayuran dan buahan tersebut. Terkejut dek surprise yang menakutkan itu. Apa boleh buat, dah jodoh untuk bertemu mereka. Mereka yakni ulat tu pun terkejut juga ternampak manusia intai tempat mereka tinggal sebelumnya. 

Manusia boleh complain eeii jijiknya ulat. Aku yang kealpaan berkata kepada ibu, "Mengapa wujud makhluk begini kat dunia ni. Geli lah..". Ibu pun menjawab "Kalau tiada makhluk ni, macam mana haiwan mati nak decompose? dah Allah ciptakan dia untuk buat kerja begitu." 

Sentap hang! Baiklah mak. *hatiku bagai ditusuk sembilu* Makhluk-makhluk begini iaitu lipas dan ulat juga tidak minta dilahirkan begitu. 

Aku yang manusia ni, lupa apa tujuan aku diciptakan... Dia ada tugas dia. Aku pun termaktub juga. Cuma aku lupa. Tolong ingatkan aku. Seburuk mana sesuatu ciptaan tu, atas dunia ni dia masih berfungsi. Ada kebaikan yang dia lakukan agar kitaran dunia berlangsung dengan baik. Buat baik selalu deh :) Kalau buat jahat, dunia ni tak aman. Tunggang terbalik kesudahannya. Konklusinya, lipas dan ulat tidak bersalah.. 


06.10.2015 | Ipoh

Monday, 5 October 2015

No Definite Answer

Psycholgy- The scientific study of the human mind and its functions, especially those affecting behaviour in a given context. - Google search.

Psikologi - Pembelajaran saintifik terhadap pemikiran manusia serta fungsinya, terutama sekali yang memberi kesan kepada perlakuan manusia dalam konteks yang diberikan.

Apa yang menariknya ? Haaaa ni nak bagitau ni. Baca sampai habis nohhh.  ok. 

Research paper aka dissertation dalam tahun akhir pengajian degree (rakan-rakan universiti di Malaysia memanggilnya FYP) saya langsung tidak berkaitan dengan bidang pengajian yang saya ambil iaitu Optometry. Secara mudah untuk saya terangkan, Optometry adalah bidang yang menjurus kepada pengkhususan fungsi dan kesihatan mata. Kalau gigi ada doktor gigi. Maka mata ada doktor mata dan optometrist yang bekerjasama dalam merawat dan mendiagnosis penyakit mata, malahan penyakit lain yang dihadapi oleh pemilik tubuh badan. For me, optometrist is a technician for eyes. Kalau nak buat cermin mata, jumpalah optometris ya :) 

Takdirnya, tajuk yang saya dapat adalah 'The Role of Facial Skin Texture and Colour in Attractiveness' (Fungsi Tekstur dan Warna Kulit Muka dalam Kecantikan Seseorang). Memang langsung tak berkaitan dengan kesihatan mata. Saya rasa seolah-olah seperti seorang pelajar yang ambil course beautician pulak. But somehow, I found that I like psychology related study. Sampai aku pernah fikir nak sambung master in psychology. Cewahh. Semangat tu yang penting! Sahabat-sahabat saya yang lain dapat tajuk yang berkaitan dengan Myopia, Amblyopia, Retinal thickeness etc. Memang padanlah dengan course yang diambil. More Scientific gitu. Kalau nak saya desparate sangat cari kaitan antara tajuk saya dapat dengan course yang saya ambil, boleh la nak kata dari mata yang sihat, kecantikan seseorang dapat dilihat. Tapiiii dengan syarat hatinya tidak 'comot'. Ngerti! 

Maka saya dengan redha menerima kerana saya percaya, Allah tahu apa yang terbaik untuk saya. Jadi research pun bermula.. Saya 'cramp'kan research saya bermula bulan December 2014 hingga April 2015. Dan seperti yang saya jangka pada permulaan research, laptop saya buat hal. Tak boleh nak buat writing using my own laptop. Maka ulang alik lah saya ke library universiti untuk menggunakan komputer di sana. Saya belum terdesak sampai nak beli laptop baru. Final year dah kan, so sabar je lah. Alhamdulillah everything went smooth. Kekadang tu rasa nak bermalam je terus kat library sebab library tu open 24 hours. Kalau bawak bantal, settle. Balik lewat malam 1 2 pagi, berjalan kaki, terserempak dengan orang mabuk terpekik terlolong tu, pernah la merasa. Aku dalam hati rasa nak terbang je supaya cepat-cepat sampai rumah. Waktu ni jugaklah aku terasa lebih mengingati Tuhan. Baru sedar langit tinggi atau rendah. Jalan pun macam pelesit. 

Banyak paper daripada psychology site yang dibaca kerana tajuk ni tentang pemikiran manusia yang meletakkan syarat apakah cantik sebenarnya? Ciri-ciri yang bagaimana perlu seseorang ada untuk mendapat status cantik di mata manusia lain. Mainly women attractiveness from men perception. Sambil menyelam minum air. Sebab saya perempuan. Maka tak pasal-pasal saya belajar apa yang lelaki 'pandang' untuk mencari kecantikan wanita. Ohh mata lelaki. Eheh! Semakin banyak yang dibaca, semakin lost. Mulanya saya membaca untuk mencari apakah konklusinya. Namun tak jumpa. Research yang berkaitan dengan psikologi bukan melibatkan kau dalam lab berminggu-minggu dan bereksperimen, letak microorganism dalam agar petri dish and wait for its growth. There are only two end points, whether the organism alive or dead. But psychology is not like that.

Contohnya, statement perempuan berkulit cerah lebih cantik berbanding berkulit gelap. Memang banyak research found that yang berkulit cerah kebanyakan lebih cantik. Tapi... Tak semua kulit cerah cantik, tak semua berkulit gelap tak cantik. Adakalanya yang berkulit gelap lebih cantik dari yang putih. Dua-dua boleh jadi cantik. Dua-dua boleh jadi tak cantik. Cumanya, cerah tu lebih ramai peratusannya yang cantik dalam kebanyakan research. Additional fact, Hispanic people like women that are tanned. Yang lebih gelap. So, sesuatu statement tu tak boleh dipukul sama rata. Konklusi tidak boleh dibuat hanya apabila mengabil kira satu faktor sahaja sebab faktor lain akan terlibat sama secara tidak langsung seperti reka bentuk wajah, adab sopan santun dan lain-lain. You name it.

My opinion is, researchers will make research or survey that can be bias depending on their statement so that their conclusion can be achieved. Because in psychology, everything is not solid. Boleh berubah mengikut situasi, persekitaran, family background, bangsa, negara, cuaca dan budaya. Putar belit bahasa pun win! Supaya konklusi dapat diraih. 

Apa yang saya belajar? Jawapannya : Belajar untuk menerima pendapat orang lain secara baik dan terbuka. Tiada yang yang sebenar-benar 100% betul atau 100% salah. This is not maths where you have definite answer. 1+1=2. Wajib dapat 2. Kalau tak dapat 2, maksudnya ada buat salah di mana-mana. Mungkin kalkulator rosak ataupun tiada bateri. Kalau in Chemistry, Na+Cl = NaCl (sodium chloride aka garam). Cannot be sugar. Tapi, sebagai seorang muslim, ada perkara yang tertulis dalam al-Quran yang 100% tak boleh buat. Allah dah buat peraturan untuk hambaNya. By right, wajib follow. Contohnya tidak boleh makan khinzir dan tak boleh minum arak. Walaupun kita tahu yang arak ni ada kebaikannya, tapi buruknya lebih banyak. Maka Allah dah buat guideline untuk hambaNya ikut. So, tak boleh minum terus. Tapi ada je manusia yang minum. Akibatnya nanti, itu cerita antara dia dan Tuhan. 

Sesetengah buku yang pernah dibaca terkadang ada yang tidak kena dengan saya. Contohnya buku 'Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps'. Penulisnya Allan dan Barbara Pease. Buku ini secara rumusannya menceritakan tentang bagaimana pemikiran lelaki dan wanita.  Saya tidak menyalahkan fakta yang disebut di dalam buku tersebut, mungkin ada fakta lain yang lebih 'mengenai' saya. Ataupun mungkin saya termasuk dalam golongan yang bukan median. Golongan yang di mana hypothesis rejected. Maka kita raikan pendapat orang lain tanpa merendah-rendahkan mereka. Appreciate and cherish the ideas. 

In conclusion, I learn to accept others opinions if theirs are in contrary of mine. Mereka mungkin betul. Saya juga mungkin betul secara bukan kebetulan. Respect their words. No need to argue. Discuss decently. Menarik belajar pasal behaviour manusia ni. Sebab kita manusia. Aman. Sekian.


Singapore | 3 November 2015




Tuesday, 8 September 2015

Why Do I Travel ??

Sebab aku kaya 

"Banyak sangat duit sampai dah tak tahu nak buat apa"


Sekiranya ada orang yang berfikiran macam di atas, itu hak dia. Tapi, kan lebih baik pergi sedekah duit yang melambak tu kat anak yatim, orang miskin atau yang memerlukan. Jangan la sampai tak tahu nak buat apa. Senang, tak perlu buang tenaga dan masa pun, cuma beri sahaja duitnya, settle! Sempit pemikiran alahaii. 

Tahukah anda, wujud sahaja orang yang menabung sehingga ikat perut untuk pergi travel, kerana tidak begitu berkemampuan. Selalu puasa sebab nak jimat duit makan. Tak shopping barang-barang branded untuk kepuasan diri sendiri. Berjimat beli barang second hand je, asalkan masih berfungsi. Golongan ini bersungguh simpan duit untuk travel tau. Bukan untuk belanja teman wanita makan kek and ice cream setiap hari minggu. Pergi travel tu sudah menjadi suatu kepuasan. Cukup. 

This is my opinion okay. My definition of travel is getting to know myself better. In a new place where me, myself and I leaving the reality of my life for a while (ni kalau solo travel lah) . Mohon laluan keluar sebentar, untuk lari ke dunia yang belum pernah aku lihat. Tak kira lah dalam atau luar negara. Travel solo ni banyak pro and cons. Apatah lagi kalau perempuan. Situasi di Malaysia. Kau akan dengar ayat begini : "Beraninya jalan sorang-sorang" , "Jual karang baru tahu" , "Makan sorang je?" , "Can I sit beside you?" , "Nak number boleh?" .. Muka tunjuk berani tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.. Semoga Allah lindungi aku.. Aminn Ya Rabbal 'alamin.. Kalau kat UK dulu, Alhamdulillah baik-baik saja.

 Tujuan aku travel :

1. Nak melihat pemandangan dan persekitaran yang baru.
2. Nak tengok perangai orang local (their attitude).
3. Cuba makanan baru. Tapi kalau pelik sangat, aku pun tak berani.
4. Push myself to the limit. How far I can bring myself at a new place.
5. Sejimat mana duit aku boleh survive.
6. Talk to strangers.
7. Share life experiences.
8. Expand my ideas of life.
9. Practice communication.
10. The most importantly is to see what actually Allah had planned my journey instead of my own plan..

Cabaran tu pasti ada. It starts before the journey begins. Well, kalau travel dengan rakan-rakan tu lain sikit ceritanya sebab many brains that you have to cater along the journey. Kalau travel ramai-ramai, ia dapat melatih cara kita berinteraksi dengan orang lain bila idea kita tak diterima. Contohnya, sewaktu bersiar-siar di tengah-tangah kota London yang sibuk pada satu tengah hari yang tak berapa nak panas, perutku berkeroncong tandanya lapar. meminta untuk diisikan makanan. Lalu aku mengutarakan idea, "Jom makan Fish & Chips, teringin nak makan ikan dengan kentang pulak". Maka rakan seangkatan yang lain menoleh tepat ke arah hidungku yang tak berapa nak mancung. Ada yang berbunyi "Bosanlah asyik makan Fish & Chips, baik kita makan makanan tradisi kat Malaysian Hall, ada nasi lemak. Rindu dah makanan Malaysia". "Aiseyy datang jauh-jauh kat London ni makan ikan je, apa kata kita makan Halal Chinese food. Aku tahu ada satu kedai ni kat Bayswater. Harga boleh tahan berpatutan, Siap ada dessert pulut mangga lagi."

Haaa sudah.. apa kau nak buat? Pertahankan kemahuanku atau beralah untuk mengikut mereka. Ataupun memujuk mereka hingga mereka terima kehendak aku.. Entah~ Buatlah apa yang terbaik buat masa tu. No definite answer. 

p/s : Rindu my travelmates aka my housemates back in UK. 


05.10.2015 | Ipoh

Wednesday, 1 April 2015

Dirempuh 'Zombie'

Ini bukan kisah zombie Kampung Pisang.
Ini kisah benar, bukan mimpi.
Lokasi : bukan Malaysia

Kerana adakalanya diri ini terlibat dengan aktiviti di luar kawasan pada hujung minggu, maka ianya membuatkan aku terpaksa travel pada malam hari agar tiba ke destinasi pada masa yang sepatutnya. Nak tak nak, kena nakkan jugak. Usually by train because its easier. Pada malam hari yang suasananya gelap dan kelat, maka kita raikanlah suasana macam tu. Munculnya sang bulan ditemani bintang, sang mentari berlalu pergi. Sejuk memang sejuk. Kalau musim sejuk tu lagi la menggigil. Haaa lagi lagi kalau travel malam pada hujung minggu. Masa inilah lagi ramai orang suka berjalan, sebab free tak terikat dengan kerja. Bukan office hour dan masa ni lah orang awam nak gembirakan hati setelah seminggu berhempas pulas dalam office. Penat bekerja katanya jadi marilah keluar untuk bergembira. Hujung minggu ni lah nak relax.

Back kepada cerita yang aku nak cerita. Pada suatu malam hujung ni, aku tiba di sebuah train station, di mana destinasi yang aku tuju tu dah nak sampai dah. Kira-kira pukul 11 malam macam tu. Terkial-kial aku cuba masukkan tiket ke dalam pintu pagar automatik, sebab aku mamai. tu lah terkial-kial tu.. Waktu perjalanan dalam train itu aku ambil kesempatan nak tidur. Jadinya, bila tiba ke destinasi, otak blur-blur sikit. Aku memang gitu. Asyik nak terlelap je. Di saat aku berjaya masukkan tiket ke tempat yang sepatutnya, aku melangkah girang keluar pagar automatik. Langkah diteruskan ke hadapan dengan niat nak keluar dari stesen kereta api tersebut dan menahan teksi untuk ke destinasi terakhir.

Namun, waktu ni ramai sangat orang yang berjalan menongkah arus aliran aku. Aku nak keluar, tapi mereka nak masuk melepasi pagar tu. Mungkin mereka terkejar untuk tidak terlepas train terakhir pada malam tersebut. Gaya jalan mereka terhuyung-hayang, bising bersorak gembira. Pakaian usah cerita lah.. Tunduk lihat lantai lebih baik untuk penglihatan. Kot kot nampak sampah, boleh kutip. Mereka menyebut benda pelik-pelik yang aku pun tak faham, sambil di tangan mereka memegang botol arak ataupun tin minuman keras. Getus hati aku, Huishhh macam diserang zombie. ZOMBIEE!! Aku yang pada mulanya sedang mamai, tersedar dengan lebih sedar. Cumanya mereka bukan laparkan otak aku, namun mereka ini laparkan ketenangan hati. Oleh itu, yang bukan beragama Islam, sesetengah mereka ini memilih jalan untuk mabuk untuk bergembira. arak tu sedap ke? Getus aku. Entah mana aku tahu.. Its Haram in Islam. Aku pernah dengar bahawa arak ni bukanlah sedap mana pun. Bagi yang suka minum arak ni, selalunya, mereka mahukan effect selepas minum tu. That effect.. Rasa khayal, lalu boleh la lupa seketika masalah yang sedang dihadapi. Seteruk mana pun rasa arak tu, pandang sebelah mata je lah. Effect tu lagi penting. But I'm not sure about arak yang mahal-mahal tu. Arak kan banyak jenis. Yang murah, yang mahal. Yang botol cantik dan sebaliknya. Mungkin sedap, but still aku bukan boleh minum pun. 

Takut zombie makan otak kau?

Idok aihh. Aku lagi takut otak aku dimakan dengan perkara yang bisa buat aku tak menjadi aku.


05.10.2015 | Ipoh 
Pending dah lama dah nak post. Dari UK lg dah draft. Hari ni baru publish. yosh!! 

Bulat kecil, bulat besar


Sekeping syiling 50sen. Apa sahajalah yang boleh kita beli pada masa sekarang dengan nilai ini. Kuih sebutir mungkin.*Ehemm.. Apa khabar GST? Yang baru sahaja diimplentasi di Malaysia pada hari ini, 1 April 2015* Aku yang cuak nak balik Malaysia nanti. Berdebar ~  Teringat sewaktu bersekolah rendah, kuih dapat dibeli 5 butir hanya seringgit. Seronok benar kalau mak bagi seringgit. Ralit memilih pelbagai jenis kuih yang terbentang di meja makcik penjual, sebab nak habiskan duit seringgit tu. Waktu ni belum ada semangat menabung lagi kot. Dapat je duit, tugasannya adalah menghabiskannya. Gelak jahat dalam hati. Buat masa ini, kalau teringin sangat nak makan kuih, cari resepi di internet, beli dan sediakan bahan, ikut arahan resepi elok-elok supaya menjadi lah kuih yang dibuat itu. Nasiblah.. Alahamdulillah kalau menjadi. If not, telan air liur dan bersabar sahaja yang mampu.. Kalau bertuah, resepi yang tak menjadi tu jadi resepi aku yang baru di'invent'. Bantai je. Ataupun tunggu mana-mana event yang dianjurkan oleh Malaysian society di sini. Then kita terjah. Selalunya ramai student yang menjual makanan tipikal Melayu. Nasi dagang, nasi tomato, nasi lemak, nasi minyak.. Haaa tak payah tunggu kenduri pun boleh dapat nasi minyak..  Manalah nak cari kat Bradford ni, pasar pagi yang jual segala kuih-muih tradisional Melayu. Gulab jaman ada lah.. Kalau kat Malaysia, makan kuih hari-hari pun boleh. Pasti ada je orang jual.

Kembali ke cerita tentang 50 sen. Pernah diceritakan oleh seseorang tentang sebuah kisah. Ibunya bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah. Pada suatu hari, guru ini telah meminta anak muridnya melukis 50 sen di atas kertas. Murid-murid semuanya tekun melukis. Bukan 'trace' duit syiling yang mana letak duit syiling bawah kertas lalu warna diatasnya.. Tapi free hand lukis bulat. Iyalah, bukannya susah mana pun nak lukis, kerana ia hanyalah berbentuk bulatan. Kecualilah kalau murid ini sejenis OCD yang sangat teliti di mana kalau bulatnya tidak bulat, maka takkan selesai lah dia melukis. Jadi, apabila telah selesai semuanya melukis, guru ini mengumpul semua kertas lukisan. Hasil dapatan yang guru ini temui adalah lukisan bulatan ini ada yang besar, ada yang kecil, bervariasi. Guru ini kemudiannya membuat analisis yang lebih mendalam, dikumpulkan gambar bulatan besar setempat, dan bulatan kecil setempat dan membuat list nama murid-murid ini. Secara kasarnya, didapati bahawa murid yang melukis bulatan 50 sen yang lebih besar tergolong dalam keluarga yang berasal daripada keluarga hidup yang agak susah, manakala bulatan kecil pula berlatarbelakangkan keluarga hidup senang.

Konklusi yang didapati dalam eksperimen berskala kecil ini  bukanlah untuk membuktikan tangan siapa besar, bulatannya besar atau tangan yang lebih kecil, bulatannya kecil.. Namun, ia adalah intrepetasi murid-murid ini terhadap nilai sekeping 50 sen. Murid yang memandang tinggi terhadap nilai 50sen cenderung untuk melukisnya berbentuk lebih besar, sebaliknya, murid yang memandang nilai 50sen adalah rendah cenderung untuk melukisnya lebih kecil. Nak tunjuknya bahawa 50 sen yang bersaiz besar ni amat berharga buat mereka yang merasakan nilainya tinggi. Dengan 50 sen ni, pelbagai benda yang boleh dibeli. Kalau aku, zaman budak-budak cenggini, aku beli jajan. Muehehe. Bahagia hati dapat keropok durian, aiskrim pong dengan choki-choki. Duduk makan senyap-senyap, layan hati yang gembira tu. OK, sambung. Tapi, buat yang lukis 50sen kecik tu, seolah-oleh nak tunjuknya, mereka merasakan yang tiada apa boleh dibeli dengan jumlah wang sebanyak itu. Sebabnya, barang-barang yang dia selalu beli semuanya lebih mahal, ie RM5 ke atas. Kiranya macam kalau kita hulur 50sen dan ajak budak ni keluar jalan-jalan, tak maunya dia. Jajan yang dia selalu beli agaknya branded kot.. Hmmm.. Sebab dia dibesarkan dengan kemewahan yang mana nilai 50sen ni nampak terlalu kecil di mata dia. Akhirnya, 50sen tu pun dilukisnya kecil,

Apa-apa pun, mungkin cara pandang kita berbeza. Perkara yang cuba saya tekankan di sini adalah kita hidup dalam dunia yang tak semua orang senang. Hargai dan bersyukurlah dengan rezeki yang kita ada. Walaupun hidup senang sekarang, banyak duit, jangan lupa masa akan datang.. Boleh je kalau Allah nak uji, tiba-tiba kita jatuh miskin.. Jangan salahkan GST semata.. Hokeyy..  Spend your money wisely =)

Satu lagi, nak tahu kenapa Allah selalu sebut dalam al-Quran, ayat yang mana Allah suruh kita tunaikan solat, then selalu ada tunaikanlah zakat? Sebab nak tunjukkan bahawa solat tu urusan ibadah kita dengan Allah directly manakala yang zakat tu adalah urusan kita dengan manusia yang lain. Ibadah yang kita lakukan bukan sekadar dengan Allah, tapi dengan masyarakat juga. Saja nak tulis perkongsian pasal zakat ni, sebab ia melibatkan duit dan hak orang lain. Saya pun baru tahu tentang hal ni daripada perkongsian seorang ustaz, dan terkesan dalam hati sebab rasa AWESOME dengan analogi yang Allah beri dalam Al-Quran. So, rajin-rajinlah baca al-Quran ;)

Selamat beramal~

01.04.2015
Library Uni of Bradford




Monday, 23 March 2015

Peluru Yang Menghidupkan

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Sudah lama tidak menulis diruang ini. Akhirnya saya memilih untuk menulis kembali.

My mind and my heart feel quite disturbed these days. I know, it is a hint of my heart is getting darker and stiffer, full of sins and I'm in a state of gradually shifting away from my own Creator. *Crying deep inside* However, I must be grateful because Allah still give me this feeling which means (hopefully) there is still a light spark in my heart. A chance that Allah have given to me so that I realize what is exactly my life purpose. To keep repent and renew my intention of living my life. Not to pleased His creation, but Allah himself.

Aku yang seringkali terlupa dan selalu zalim pada diri ini..

Bear these in mind, firman Allah dalam surah Az-Zumar, ayat 53-56; Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya, agar jangan ada orang yang mengatakan 'Alangkah besarnya penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)'."

Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, kerana setiap kali kami lakukan dosa,  Engkau tidak pernah serta merta menghukum kami,  Engkau beri masa kepada kami untuk bertaubat atas kesalahan-kesalahan yang sering kami lakukan. Peluang dan suatu kelebihan yang Engkau kurniakan kepada umat nabi Muhammad, tidak seperti umat dahulu yang mana Engkau pernah terbalikkan bumi mereka dan juga melenyapkan mereka dalam banjir besar. Lindungilah kami dari perasaan lupa diri. Kami hanyalah hambaMu yang tak terlepas daripada dosa. Namun begitu, janganlah Engkau biarkan kami mengambil kesempatan atas kasih sayangMu terhadap kami.

Pada asalnya, saya takut untuk menulis secara terbuka dan 'share' kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja, kerana takut timbul perasaan riak, takabbur, atau bangga diri, atau rasa diri ini lebih baik daripada orang lain dan sebagainya (apa-apa perkara yang syaitan hasut dalam hati) sehingga lari dari niat sebenar mengapa saya menulis. Oleh sebab itu, saya berhenti seketika kerana takut untuk terjebak dalam perkara yang salah.. Bukanlah untuk dapat pujian daripada yang lain tetapi apa yang paling penting adalah pengajaran dalam setiap perkara adalah untuk saling mengingati terutamanya buat diri yang menulis ini. Menulis dan berkongsi pengalaman agar sama-sama kita dapat kebaikan daripadanya.  Bukan untuk berbangga, atau untuk mendapatkan banyak 'like'. Untuk beberapa ketika, saya berhenti menulis kerana risau, tak mampu untuk mengawal hati yang mana boleh membawa hati ini tersalah hala dan terpesong haluan. Semoga Allah pelihara hati kita semua daripada kejahatan makhlukNya.

Baru-baru ini, saya telah mendengar perkongsian daripada seseorang di dalam sebuah program. Bibit-bibit perkataannya begitu terkesan dalam hati bagai selumbar tertusuk jari, bagai kulit tergores serpihan kaca. Luka berdarah *crying again*. Katanya, ada perbezaan antara orang yang menulis perkongsian ilmu yang didapatinya as compared to orang yang mencari ilmu untuk berkongsi. Katanya juga, 'Sebutir peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun sebuah tulisan mampu menembusi ribuan kepala'- Sayyid Qutb, seorang tokoh pejuang Islam di Mesir suatu ketika dahulu. Betapa berharganya, sebuah penulisan yang baik mampu memberi kesan kepada bukan sahaja pemikiran seseorang, namun hati juga mampu terusik atas kelembutan atau ketajaman bahasa huruf yang disusun.

Semoga Allah perbetulkan niatku, agar kembali istiqamah menulis, bukan untuk mendapat penghargaan dunia, namun kebaikan yang berterusan daripadaNya.

Semoga bermanfaat.

7.22pm . 23.03.2015
Bradford.