Psikologi - Pembelajaran saintifik terhadap pemikiran manusia serta fungsinya, terutama sekali yang memberi kesan kepada perlakuan manusia dalam konteks yang diberikan.
Apa yang menariknya ? Haaaa ni nak bagitau ni. Baca sampai habis nohhh. ok.
Research paper aka dissertation dalam tahun akhir pengajian degree (rakan-rakan universiti di Malaysia memanggilnya FYP) saya langsung tidak berkaitan dengan bidang pengajian yang saya ambil iaitu Optometry. Secara mudah untuk saya terangkan, Optometry adalah bidang yang menjurus kepada pengkhususan fungsi dan kesihatan mata. Kalau gigi ada doktor gigi. Maka mata ada doktor mata dan optometrist yang bekerjasama dalam merawat dan mendiagnosis penyakit mata, malahan penyakit lain yang dihadapi oleh pemilik tubuh badan. For me, optometrist is a technician for eyes. Kalau nak buat cermin mata, jumpalah optometris ya :)
Takdirnya, tajuk yang saya dapat adalah 'The Role of Facial Skin Texture and Colour in Attractiveness' (Fungsi Tekstur dan Warna Kulit Muka dalam Kecantikan Seseorang). Memang langsung tak berkaitan dengan kesihatan mata. Saya rasa seolah-olah seperti seorang pelajar yang ambil course beautician pulak. But somehow, I found that I like psychology related study. Sampai aku pernah fikir nak sambung master in psychology. Cewahh. Semangat tu yang penting! Sahabat-sahabat saya yang lain dapat tajuk yang berkaitan dengan Myopia, Amblyopia, Retinal thickeness etc. Memang padanlah dengan course yang diambil. More Scientific gitu. Kalau nak saya desparate sangat cari kaitan antara tajuk saya dapat dengan course yang saya ambil, boleh la nak kata dari mata yang sihat, kecantikan seseorang dapat dilihat. Tapiiii dengan syarat hatinya tidak 'comot'. Ngerti!
Maka saya dengan redha menerima kerana saya percaya, Allah tahu apa yang terbaik untuk saya. Jadi research pun bermula.. Saya 'cramp'kan research saya bermula bulan December 2014 hingga April 2015. Dan seperti yang saya jangka pada permulaan research, laptop saya buat hal. Tak boleh nak buat writing using my own laptop. Maka ulang alik lah saya ke library universiti untuk menggunakan komputer di sana. Saya belum terdesak sampai nak beli laptop baru. Final year dah kan, so sabar je lah. Alhamdulillah everything went smooth. Kekadang tu rasa nak bermalam je terus kat library sebab library tu open 24 hours. Kalau bawak bantal, settle. Balik lewat malam 1 2 pagi, berjalan kaki, terserempak dengan orang mabuk terpekik terlolong tu, pernah la merasa. Aku dalam hati rasa nak terbang je supaya cepat-cepat sampai rumah. Waktu ni jugaklah aku terasa lebih mengingati Tuhan. Baru sedar langit tinggi atau rendah. Jalan pun macam pelesit.
Banyak paper daripada psychology site yang dibaca kerana tajuk ni tentang pemikiran manusia yang meletakkan syarat apakah cantik sebenarnya? Ciri-ciri yang bagaimana perlu seseorang ada untuk mendapat status cantik di mata manusia lain. Mainly women attractiveness from men perception. Sambil menyelam minum air. Sebab saya perempuan. Maka tak pasal-pasal saya belajar apa yang lelaki 'pandang' untuk mencari kecantikan wanita. Ohh mata lelaki. Eheh! Semakin banyak yang dibaca, semakin lost. Mulanya saya membaca untuk mencari apakah konklusinya. Namun tak jumpa. Research yang berkaitan dengan psikologi bukan melibatkan kau dalam lab berminggu-minggu dan bereksperimen, letak microorganism dalam agar petri dish and wait for its growth. There are only two end points, whether the organism alive or dead. But psychology is not like that.
Contohnya, statement perempuan berkulit cerah lebih cantik berbanding berkulit gelap. Memang banyak research found that yang berkulit cerah kebanyakan lebih cantik. Tapi... Tak semua kulit cerah cantik, tak semua berkulit gelap tak cantik. Adakalanya yang berkulit gelap lebih cantik dari yang putih. Dua-dua boleh jadi cantik. Dua-dua boleh jadi tak cantik. Cumanya, cerah tu lebih ramai peratusannya yang cantik dalam kebanyakan research. Additional fact, Hispanic people like women that are tanned. Yang lebih gelap. So, sesuatu statement tu tak boleh dipukul sama rata. Konklusi tidak boleh dibuat hanya apabila mengabil kira satu faktor sahaja sebab faktor lain akan terlibat sama secara tidak langsung seperti reka bentuk wajah, adab sopan santun dan lain-lain. You name it.
My opinion is, researchers will make research or survey that can be bias depending on their statement so that their conclusion can be achieved. Because in psychology, everything is not solid. Boleh berubah mengikut situasi, persekitaran, family background, bangsa, negara, cuaca dan budaya. Putar belit bahasa pun win! Supaya konklusi dapat diraih.
Apa yang saya belajar? Jawapannya : Belajar untuk menerima pendapat orang lain secara baik dan terbuka. Tiada yang yang sebenar-benar 100% betul atau 100% salah. This is not maths where you have definite answer. 1+1=2. Wajib dapat 2. Kalau tak dapat 2, maksudnya ada buat salah di mana-mana. Mungkin kalkulator rosak ataupun tiada bateri. Kalau in Chemistry, Na+Cl = NaCl (sodium chloride aka garam). Cannot be sugar. Tapi, sebagai seorang muslim, ada perkara yang tertulis dalam al-Quran yang 100% tak boleh buat. Allah dah buat peraturan untuk hambaNya. By right, wajib follow. Contohnya tidak boleh makan khinzir dan tak boleh minum arak. Walaupun kita tahu yang arak ni ada kebaikannya, tapi buruknya lebih banyak. Maka Allah dah buat guideline untuk hambaNya ikut. So, tak boleh minum terus. Tapi ada je manusia yang minum. Akibatnya nanti, itu cerita antara dia dan Tuhan.
Sesetengah buku yang pernah dibaca terkadang ada yang tidak kena dengan saya. Contohnya buku 'Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps'. Penulisnya Allan dan Barbara Pease. Buku ini secara rumusannya menceritakan tentang bagaimana pemikiran lelaki dan wanita. Saya tidak menyalahkan fakta yang disebut di dalam buku tersebut, mungkin ada fakta lain yang lebih 'mengenai' saya. Ataupun mungkin saya termasuk dalam golongan yang bukan median. Golongan yang di mana hypothesis rejected. Maka kita raikan pendapat orang lain tanpa merendah-rendahkan mereka. Appreciate and cherish the ideas.
In conclusion, I learn to accept others opinions if theirs are in contrary of mine. Mereka mungkin betul. Saya juga mungkin betul secara bukan kebetulan. Respect their words. No need to argue. Discuss decently. Menarik belajar pasal behaviour manusia ni. Sebab kita manusia. Aman. Sekian.
Singapore | 3 November 2015
No comments:
Post a Comment