Bila kau sedar kau tiada lagi pilihan,
maka kau jadi terdesak. Tersedak.
Mahu tidak mahu kena lalui juga.
Nak patah balik, tiada harapan..
Jalan tutup, jalan mati.
kerana masa sudah berlalu pergi.
Kau tak boleh nak ubah sejarah hitam
menjadi putih berseri ala ala
kain putih hasil rendaman clorox
Pernah dulu kau terhanyut dalam dunia,
'addict'kan dunia macam sedut nicotine,
Sehari tidak hanyut tak sah.
Maka dunia kah yang salah?
Lalu kau mahu lari dari dunia
Terbang ke langit.
Meninjau dari angkasa
Kerana rasa tak mampu lagi jejak atas lautan dunia
Yang bisa buat kau hanyut kembali.
Keras
10.10pm | Bradford
Monday, 29 September 2014
Thursday, 25 September 2014
Noobies
Bismillah.
Assalamualaikum wbt
Muqaddimah sikit ;)
Setiap permulaan ada pengakhirannya
Jika kaki tidak mula melangkah,
kapan ketahuan sejauh mana mampu ke depan,
sedangkan permulaannya juga sudah gentar dan takut,
potensi yang ada sudah tersangkut..
Rugi..
Belum cuba mana nak tahu.
Saya budak baru belajar.
kamu sudah berlari
aku baru merangkak
pertama kali merasa bermacam benda
tergores pasir tercucuk batu
kerana kaki lutut dan tangan serentak merasa
sedangkan berlari hanya kaki yang menghentak
sedap dalam empukan stokin dan kasut.
~before Dipensing Clinic
12.25pm | Bradford
Subscribe to:
Posts (Atom)