Wednesday, 31 December 2014

Life Is About Making Decisions

Right or wrong, we must learn from it.

2014. Sudah hampir ke penghujungnya. Malaysia sudah melangkah tahun 2015, namun UK lagi sejam untuk memasuki 2015. Ada apa pada nombor tahun? Penting ke? YA. Penting! Kerana semakin menginjak mendekati pengakhiran dunia dan penghidupan saya dan kita semua. Ada ternampak status FB rakan-rakan, yang menulis lebih kurang maksudnya begini, "2015, please be nice to me.." Hmmm.  Mungkin saya yang salah faham kot. From my point of view, bukan minta kat tahun, tapi minta pada Allah yang Maha Esa. Tak kiralah tahun apa pun, 2020 pun boleh tak semestinya 2015.. dan soal nice ke tak tahun tu, depends dengan izin-Nya. And soal nice ke tak tu juga depends on how we look at the thing. Masuk soal keadaan hati dan cara pandang masing-masing. Hati yang baik dan bersih akan melihat semua perkara yang berlaku, adalah untuk mendekatkan kita kepadaNya. ;)

 23 Disember 2014, menanda kalendar, pernikahan the only abang sulong I have. And I wasn't there to witness the ceremony in Kelantan. Sebab kakak ipar saya ore klate. Adik apakah saya ini? Huish.. Tak sayang famili ke? Siapa yang lebih utama dan penting dalam hidup saya ni? Persoalan.. HEH.. Because I choose to be in RISE program in Wales, UK di mana hari lastnya adalah sama tarikh dengan hari pernikahan abang. Teringat abang cakap, Hanun balik ke, tak balik ke, abang tetap kawin. Keberadaan saya bukanlah syarat untuk abang bernikah. Tapi, saya tetap pulang untuk menghadiri kenduri belah lelaki, where my family is the event host. Winter break yang hanya 3 minggu termasuk exam week, aku menyempat jugak balik. Only for 5 days, di mana perjalanan sehalanya sudah memakan masa hampir 20 jam. This is what we call as sacrifice of time, energy and money demi insan yang tersayang dan saya perbetulkan niat kenapa nak balik. Kembalikan niat kerana Allah, nak ringankan beban ibu/ayah yang penat lelah , tak cukup tenaga kerja kalau aku tak balik nak uruskan walimah. Moga Allah redha, walaupun aku rasa tak banyak pun tolong. Jetlag punya pasal, blank jadinya, sbb asyik nak tidur je. Dan satu lagi reason kenapa saya balik, adalah kerana untuk dapat restu mak. Boleh je aku pilih untuk tak balik, dengan alasan nak baca buku, sbb nak exam. Tahu-tahu je lah, kalau balik rumah, susah nak study wehh. At the end, aku balik.. Mudah-mudahan mak redha dgn pertolongan aku yang tak seberapa ni, and mudah-mudahan mak doakan saya berjaya dunia akhirat, inshaAllah mudah makbul doa seorang ibu ni. Saya percaya, berjayanya saya pada hari ini, mungkin terletak pada doa seorang ibu, dan dgn izinNya. Bukan sebab saya ni bagus ke apa. Ya Allah, banyak dosa aku ni... 

Dan kenapa saya memilih untuk pulang lewat, dan pergi ke RISE? kerana RISE membawakan tema "Akhir Zaman". Penceramahnya, Ustaz Syaari Abd Rahman. di mana telah menarik hati saya untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana akhir zaman ni. Ya aku tahu kita sekarang di akhir zaman. Tapi tak sedar diri untuk menghadapinya. Masih LALAI. Rugilah jadi orang mcm ni. Konklusi selama saya berada di RISE adalah janganlah terkejar untuk menjadi akulah orang yang paling tahu dgn tepat how and when kiamat will happen, but doing the preparation towards it, membuat bekalan menuju Tuhan itu paling utama. Orang-orang yang beriman, InshaaAllah, Allah akan lindung setiap masa. Bina bekalan bukan semata untuk menghadapi hari kiamat dan terlindung dari ikut langkah Dajjal. Ye lah, sebab kita tak tahu bila kiamat akan terjadi. Rahsia Allah. Matinya kita sewaktu kiamat nanti, ataupun sebelumnya. Yang kita kena sedar, semuanya di dunia akan mati, except Allah Yang Maha Agung. Dan bangun semula sewaktu Penghisaban amal. Time tu hidup kekal abadi sama ada di dalam api atau di tempat yang indah, yakni syurga..  Sebab tu lah pentingnya buat bekalan. 


Pesanan, terutamanya buat diri ini. Sang faqir.
Detik-detik akhir 2014 menuju 2015.
Bradford, Bumi Tuhan,

Wednesday, 10 December 2014

Apa Kamu Faham?

Apa kamu benar-benar mengerti,
Apa yang kamu faham?
Dan juga yang kamu tidak faham.
Apa kamu benar-benar faham,
Kefahaman yang sebenar?

Luarannya kata faham,
Ya aku faham.
Tetapi faham yang lain dari sepatutnya,
Rupa-rupanya,
Kamu salah faham.
Kamu faham dengan kefahaman yang salah.
Yang membawa kamu,
Kepada kefahaman songsang,
Dan lari daripada maksud asli.

Mohon ajarkan aku ~
Faham dengan kefahaman yang sebenar,
Kerana dulu, interpretasi ku salah.
Lalu ku takut,
Kembali ke lembah itu.