Tuesday, 10 November 2015
Aku Sebatang Pensel
"Baiklah murid-murid, hari ni cikgu nak kamu semua buat karangan bertajuk Aku Sebatang Pensel. Minggu depan hantar buku penulisan kepada cikgu ya. Nanti ketua kelas kutip buku, kemudian letak atas meja cikgu. Minggu depan cikgu ada kursus seminggu. Jumpa kamu semua dua minggu lagi ya. Faham semua?" kata Cikgu Lina kepada kelas darjah 5 Mawar.
"Faham cikguuu!!" jawab murid 5 Mawar penuh semangat dan senyum gembira. Seronok cikgu bagi kerja sekolah. Cikgu Lina pun beransur pergi meninggalkan kelas tersebut.
Aku rasa, situasi di atas pernah dihadapi oleh murid yang bersekolah di Malaysia. Kalau bukan cikgu yang memberi arahan suruh menulis, mungkin pernah terjumpa dalam buku contoh karangan UPSR. Ataupun tajuk Aku Sebatang Pensel pernah menjadi salah satu tajuk yang boleh dipilih dalam peperiksaan akhir tahun.
Sesudah besar panjang begini, tiba-tiba aku terfikir mengapa cikgu bagi tajuk karangan begini. Mungkin dulu aku tak terfikir, tapi sekarang baru dapat ilham. So aku tulis lah sekarang. Kalau rasa macam "lame", ada aku kisah.. Yang penting, aku nak tulis jugak. Sudden rant! Aku sebuah basikal, aku sepasang kasut, aku sebuah bola, aku sebatang raket badminton, aku seekor semut dan aku seorang aku (yang terakhir ni tak pernah lagi. Cadangan saya untuk cikgu zaman sekarang boleh tambah tajuk ni untuk murid. Pasti tak terseksa jiwa raga, baca sebaliknya.
Dulu-dulu aku terfikir, cikgu bagi tajuk sebegini kerana murid sekolah rendah ni suka berimaginasi dan kreatif. Maka guru pun mahu meraikan cara otak kanak-kanak berfikir. Mereka boleh menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk menulis jalan cerita yang disukai mereka. Happy ending or sad ending. Kalau yang terlebih emosional tu, ofkos lah sedih kan. Watak utama mati yakni diri sendiri mati. Kemudian cikgu pun persoalkan, kalau dah mati, macam mana awak boleh tulis tentang diri sendiri? Pening. Tambah-tambah lagi, tajuk begini singkat sahaja. Arahan soalan mudah difahami dan subjeknya juga senang. Aku .........
But somehow I discovered that actually tajuk karangan begini boleh buat kita belajar berfikir how it is to be in someone's shoes? Jalan hidup semua orang tak sama. Masing-masing ada rezeki dan kesenangan tersendiri. Namun, disebalik kesenangan, terselit kepayahan yang orang lain tak nampak. Hanya empunya diri yang tahu dan faham betapa susahnya nak menghadapi sesuatu masalah tu. Pandangan mata luar hanya menyaksikan apa yang terzahir. Muka gembira tak semestinya hati turut gembira. Pandangan luar mengaburi situasi sebenar. Tapi ada juga manusia yang memang mezahirkan apa yang hatinya hadapi. Muka gembira maksudnya hati gembira. Muka sedih maksudnya hati sedang berduka lara. Orang sebegini tak pandai berlakon!! Dia begitu jujur dengan ekspresinya. Human psychology is so complicated!
Berfikir secara in out. Cuba bayangkan kalau kita menghadapi situasi di mana orang tersebut hadapi? Imagine if you is him. Mampukah kita? Contohnya kehilangan ibu atau bapa diusia muda? Dirompak penyamun? Dibuang universiti? Fail exam? Pemikiran yang memerlukan 'human sense' yang terkadang semua orang tidak ada. Sebab cara pemikiran kita berbeza mengikut cara hidup kita dibesarkan oleh keluarga dan masyarakat sekeliling. Dibesarkan dalam keluarga senang, maka jika satu hari nanti ada kesusahan sikit, mulalah merungut. Itulah.. Inilahh.. Aigooo
Sebab itulah pada aku, sebenarnya karangan 'Aku Sebatang Pensel' contohnya, boleh melatih pemikiran seseorang untuk berfikir 'what will happen if I am that person'? Will I survive successfully? Pensel kayu yang selalunya berakhir dengan pembuangannya ke dalam tong sampah. Sebab sudah habis dakwat karbonnya. Tiada berguna lagi. Maka buang sajalah. Kalau jalan cerita pensel lain, mungkin sebatang pensel itu dihadiahkan oleh seseorang kepada sahabat karibnya. Jadi sahabat karibnya simpan dalam almari, disebabkan sayang sekali nak guna. Akhirnya dia berkulat di dalam almari sebab pemilik dia terlupa. Tiada kawan pensel-pensel lain di dalam almari tersebut, maka dia hidup keseorangan bertemankan lumut. Sejujurnya, banyak jalan cerita boleh direka. Begitu juga manusia, ada jalan cerita masing-masing.
Begitu juga berfikiran untuk tidak 'judge' orang lain dari segi luaran kerana kita tidak tahu apa yang dia hadapi sebelum dia jadi begitu. Mungkin disebabkan sejarah hitam yang menghantui. Atau mungkin kerana masyarakat sekeliling yang mengecam. Atau memang dia sendiri nak mengubah jalan hidupnya. Apa-apa pun, Allah Maha Tahu. Percaya pada Dia. Aku pun masih belajar untuk memahami orang lain. Apatah lagi diri sendiri, yang kadang-kadang aku pun tak faham. Blurr..
10.11.2015
Singapore
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masya Allah nun.. Tak pernah terfikir pulak kan sebelum ni. Yg tau cuma mereka-reka ayat supaya nampak dramatik gitteww haha
ReplyDelete