Wednesday, 10 December 2014

Apa Kamu Faham?

Apa kamu benar-benar mengerti,
Apa yang kamu faham?
Dan juga yang kamu tidak faham.
Apa kamu benar-benar faham,
Kefahaman yang sebenar?

Luarannya kata faham,
Ya aku faham.
Tetapi faham yang lain dari sepatutnya,
Rupa-rupanya,
Kamu salah faham.
Kamu faham dengan kefahaman yang salah.
Yang membawa kamu,
Kepada kefahaman songsang,
Dan lari daripada maksud asli.

Mohon ajarkan aku ~
Faham dengan kefahaman yang sebenar,
Kerana dulu, interpretasi ku salah.
Lalu ku takut,
Kembali ke lembah itu.

No comments:

Post a Comment