Bila kau sedar kau tiada lagi pilihan,
maka kau jadi terdesak. Tersedak.
Mahu tidak mahu kena lalui juga.
Nak patah balik, tiada harapan..
Jalan tutup, jalan mati.
kerana masa sudah berlalu pergi.
Kau tak boleh nak ubah sejarah hitam
menjadi putih berseri ala ala
kain putih hasil rendaman clorox
Pernah dulu kau terhanyut dalam dunia,
'addict'kan dunia macam sedut nicotine,
Sehari tidak hanyut tak sah.
Maka dunia kah yang salah?
Lalu kau mahu lari dari dunia
Terbang ke langit.
Meninjau dari angkasa
Kerana rasa tak mampu lagi jejak atas lautan dunia
Yang bisa buat kau hanyut kembali.
Keras
10.10pm | Bradford
No comments:
Post a Comment