Punyai benda kesayangan
Tak ingin berjauhan
Tanpanya hidup jadi tak keruan
Tatkala ia hilang dari pandangan
Hilang arah, hati kosong
Deruan air mata mengalir
Sukar untuk disekat
Buatkan tisu kertas rabak terkoyak
Lantai bersiraman bungaan putih
Sampai bila mahu begitu.?
Bila tersedar yang harta dunia tak kekal bersama
Semua milik yang Satu
Tiada apa kau punya
Bisa ditarik tak kira waktu
Akhirnya kau berasa
Ambillah sila ambil
Kerana semua milikMu
11.45pm | Bradford
No comments:
Post a Comment