Sunday, 10 January 2016

Hey! Its Snow!


My study table in my room back in Bradford was right in front of the window. Menghadap laman belakang rumah. And I like it that way. Sebab boleh lihat pemandangan luar. Kalau otak dah tepu sangat study, input daripada segala notes dan buku dah tak muat nak masuk kepala, boleh termenung jap tengok pemandangan kat luar. Boleh tengok orang lalu lalang, kanak-kanak bermain bola, dan menjerit lalu menangis dek dibuli rakan sepermainan. Ataupun melihat lori aiskrim datang sambil lagu ala-ala hindustan kedengaran, untuk memikat hati kanak-kanak keluar dari rumah dan membeli aiskrim. Dan juga melihat makcik-makcik rumah belakang sidai dan angkat kain, intai pakcik belakang rumah menghisap rokok kat depan pintu belakang. *Kena halau lettew tak boleh smoking dalam rumah.* Dan juga kadang-kadang menumpang menonton tv jiran belakang rumah, sebab siapa suruh dia tak tutup tingkap. Udah aku pulak tertonton.

Jujur cakap, best meja depan tingkap. Sebab pagi-pagi cahaya masuk ikut tingkap. Jadi meja tu jadi sinar bercahaya. Macam ada spotlight gitu. Haaa bagi aku, itu suatu daya penarik untuk aku duduk kat meja dan study. Tambahan pula, kalau study tenung buku or komputer dalam masa 30 minit tanpa henti, boleh bagi mata tu rehat dengan cara pandang jauh iaitu lebih daripada 6 meter untuk lebih kurang dalam masa 5 minit (yakni tengok luar tingkap). Sebagai analogi, bayangkan kedua-dua tangan anda mengangkat dumbbell seberat 2kg selama 30 minit. Tak ke lenguh tangan hang? Begitu juga mata. Kalau kita melihat sesuatu dalam jarak yang dekat, mata kita menggunakan otot untuk menyelarikan mata kita ni.So, bila meja depan tingkap senang la sikit mata aku nak rehat. Boleh aku tenung ke luar tingkap. Melihat pemandangan. *Padahal lama-lama jadi berangan memikirkan masa depan.

MUSIM WINTER, Third Year

Al-kisah, sewaktu khusyuk study di hadapan meja, apabila tertengok keluar tingkap dan ternampak benih-benih kapas putih yang suci jatuh dari langit, maka first reaction yang muncul adalah menjerit "SNOWWWW!!".
Pemandangan daripada tingkap bilik. Setelah beberapa jam salji turun.

 Aku yang tengah duduk atas kerusi pantas bangun lalu bergegas berlari keluar daripada bilik dan buat report kepada kawan-kawan satu rumah. Sanggup melawat bilik rakan-rakan satu persatu, sebab nak cakap kat luar snow. Kepoh jugak hang ni non. Bergegar satu rumah hang buat. Heh! Sebenarnya excited nak melaporkan snow tu. Share the happiness with others gitu. >.< Ye la.. tak semua orang dapat merasa snow. Time first year, snow turun. Seronok! Awal-awal memang seronok. Tapi dah lama-lama tu, hmmmm. Siapa pernah merasa duduk kat negara bersnow, mereka pasti faham. Apa-apa pun kita kena bersyukur dengan segala cuaca dan weather yang Allah bagi. Senyum. Jangan banyak merungut.. Waktu second year, snow tak turun-turun. Saya menanti penuh harapan, sehinggalah third year. Alhamdulillah :)

Kawan-kawan yang local (student UK) banyak yang tanya (waktu first year) do you like snow? My answer: Yes of course! There is no snow in my country. Namun, apabila aku bertanya kembali soalan yang sama kepada mereka, do you like snow?  Kebanyakan mereka menjawab TIDAK. Ouhhh begitu. Maka aku pun mengkaji melalui pengalaman. Pengalaman bersama salji seputih salju!

Apa yang bestnya pasal salji ni?

1. SubahanAllah cantik sangat tengok salji gugur dari langit. Ibarat macam kapas-kapas gebu berterbangan di sekeliling kita. Macam cotton candy. Rasa macam nak menganga je ke langit, nak makan salji tu.

2. After heavy snow for a few hours, and suhu sekeliling sejuk di bawah 0 degree celsius (suhu yang rendah penting bagi mengelakkan salji mencair apabila jatuh di atas bumi), maka sekali lagi, SubhanAllah indah sangat pemandangan. Padang rumput yang dahulunya hijau kini menjadi padang putih yang meluas. Cantik! Ranting pokok juga dilitupi kelompok salji.  Adalah menjadi suatu keharusan bagi para pelajar yang belajar di negara bersalji menangkap gambar bersama salji. Upload gambar di Instagram or Facebook tu, ikut kehendak masing-masing. Tapi confirm dalam phone or kamera mereka pasti ada gambar dengan snow. >.<


3. Build a snowman :) Typical snowman: tangan guna ranting kayu, hidung guna carrot then bagi pakai hat. Mengikut kreativiti memasing lah kan. Dan peralatan yang tersedia waktu tu. Aku punya special.
Mini snowman yang pernah aku buat depan rumah.

4. Boleh buat cendol dan ais kacang guna snow tu. Heh!
5. Kau boleh baling bebola ais kepal salji kat kawan kau. Acah-acah main war games manja.
6. Boleh tulis nama kekasih hati atas salji tu. ;)
7. Tulis nama musuh kau atas salji tu, then kau pijak sepuas hati. Astaghfirullah sis.
8. Main sledging. Kau pergi kat taman yang ada anak-anak bukit. Then naik sejenis sampan mini ni, dan menggelongsor. wehooo!
Sledging a few round barulah puas!


Di sebalik keseronokan bersama salji... 

Kau ingat gambar kawan-kawan kau bersama salji tu sentiasa gembira?

Credit buat housemates saya di Bradford ;)


1. Kalau kau main salji bare hands (tak pakai gloves), bagi aku dalam masa lebih kurang dalam 20 minit, tangan kau akan mula terasa kebas. Sakit tahu! Sakit. Diibaratkan tangan kau seperti ikan fresh yang mak kau beli kat pasar. Pastu bila balik rumah, lepas bersihkan ikan tu, simpan dalam peti ais. Lama-lama ikan tu akan mengeras dalam peti ais, betul tak?. Macam tangan kau jugak. Bila biar lama-lama dalam suhu yang sejuk, pastu dok main pegang salji tanpa kesudahan, sebenarnya tangan kau tu semakin mengeras. Darah kau dah nak membeku dah.  Nak gerakkan jari-jemari pun susah. Kalau kau tengah menaip text guna handphone, seksa.. Sakit tahu! Dah tu padan muka siapa soh hang tak pakai gloves. Rasakan!

2. Let say tangan or kaki kau tengah sejuk gila sebab main salji lama sangat kat luar, then kau nak kembalikan mereka ke suhu normal badan yang 36.9 degree celsius tu, maka kau pun pegi rendam tangan and kaki kau yang sejuk tu kat air panas/suam. Gigihlah masuk tandas and buat water bath gitu. Bila kau keluarkan tangan kaki kau dari air rendaman tu, RASAKAN! tangan and kaki jadi gatal-gatal weyhhh. Aku pernah merasa dan cara short cut tersebut menyeksakan. Phewww.

3. Salji yang memutih itu tidak kekal selamanya putih, andai ia berada di atas jalanan terutamanya. Bagi aku, salji ni ada tiga peringkat. Yang pertama, indah; putih gebu ibarat permaidani. Yang kedua, setelah gebu-gebu salji dipijak oleh sang manusia yang berjalan di atasnya, maka ia akan menjadi padat iaitu menjadi lapisan ais keras yang licin. Part ni yang bahaya dan aku banyak kali dah kena. Tergelincir jatuh. Disebabkan tapak kasut aku tak ada spike, maka sangat berisiko untuk berjalan atas salji padat ni. Sebab licinnn. Amaran! Licin. Kalau tersalah langkah, jatuh gedebuk kau. Dah la kau terlambat nak pergi kelas, pastu sempat jatuh pulak. Maka bertambah lambat. Yang penting bila bangun dari jatuh tu, kena confident! Nak cover malu la konon. Berlagak macam takde apa-apa yang berlaku 3 saat yang lepas. Tapi tidak mengapa, orang sekeliling kau dah faham dah situasi begini. Jatuh dengan bergaya. Cewahh..  Peringkat ketiga adalah sewaktu salji di jalanan mencair. LECAK! Basah berair jalanan kau. Kalau yang kat tepi-tepi jalan tu lagi lah. Macam berlumpur pun ada. I would say its a bit disgusting. Part yang ni anda semua pasti jarang nampak kat Instagram. Kann betul tak..  Cukuplah sekadar itu buat masa ini aku cerita pasal salji.

Akhirnya bila semua salji dah mencair, episod bersuka ria dengan salji pun tamat.

Tapi sebenarnya aku rindu nak main salji.

Sekian.

Buat awak! Yup awak lah.. Nanti kita main salji sesama eh. Ngeeee



10.01.2016
Pasir Ris
Singapore



No comments:

Post a Comment